Minggu Bahasa & Budaya 2010
| |
![]() 15 Mei 2010 - Biro Kebudayaan dan Kesenian PPMK 2009/2010 telah berjaya mengadakan Minggu Bahasa dan Budaya. Minggu Bahasa dan Budaya yang telah diadakan ini bertujuan untuk menghayati kembali budaya dan kesenian tradisional Malaysia yang kian dilupai di samping mencungkil bakat-bakat pelajar-pelajar yang terpendam selama ini. Objektif Program 1) Menghayati budaya dan kesenian tradisional Malaysia yang kian dilupai . 2) Mencungkil bakat-bakat kesenian di kalangan pelajar yang terpendam dan memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat masing-masing. 3) Menggalakkan para pelajar supaya lebih peka terhadap isu-isu semasa , memupuk keyakinan para pelajar untuk berucap, mengeluarkan fakta-fakta yang releven dan idea-idea yang baru. Antara pertandingan yang telah diadakan ialah Pertandingan membalas pantun, Pertandingan ˇ°Aku Spontanˇ±, Gubahan Hantaran, Nyanyian lagu klasik dan lain-lain. Tahniah kepada semua pemenang. | |
|