Kutipan Derma buat keluarga arwah Nur Nazihah


PPMK mewakili seluruh pelajar Malaysia di Korea mengucapkan takziah kepada keluarga Nur Nazihah Binti Abd Manan atas pemergian arwah Nur Nazihah Binti Manan (Batch 8) pada pagi 26 Mei 2010.

Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sehubungan itu, PPMK telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kutipan derma untuk disumbangkan kepada keluarga saudari Nur Nazihah.

Kepada yang ingin menderma, boleh terus hubungi wakil AJK Kecil PPMK di setiap universiti ataupun boleh terus menderma ke dalam tabung yang akan disediakan ketika Seoul Indoor Games 2010 dan Majlis Solat Hajat & Tahlil pada 5 Jun 2010.

PPMK meluluskan sumbangan sebanyak KRW 200 000 buat keluarga Allahyarhamah Nur Nazihah.


Al-Fatihah


admin on June 03 2010 17:00:30 · 0 Comments · 174 Reads · Print