[NEW] Simposium Kerjaya dan Halatuju 2010
| |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ˇ°Simposium Kerjaya dan Halatuju Pelajarˇ± telah dianjurkan di bawah Biro Akademik dan Kerjaya Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) sesi 2009/2010. Simposium ini merupakan satu kem yang dirangka khas untuk pelajar tahun akhir yang menuntut di Korea Selatan atas kesedaran betapa pentingnya persediaan untuk menghadapi dunia pekerjaan dan halatuju yang bakal ditempuhi selepas tamat pengajian kelak. Satu kajian telah dijalankan kepada pelajar yang telah tamat pengajian pada awal tahun 2009 berkaitan kerjaya dan persediaan mereka untuk menghadapi temuduga dan sebagainya. Rata-rata responden berpendapat bahawa pelajar-pelajar Malaysia di Korea Selatan amat kurang sekali pendedahan tentang dunia yang bakal mereka lalui selepas sahaja selesai pengajian mereka di peringkat ijazah. Mereka juga berpendapatt bahawa kegagalan dalam temuduga, yang dikendalikan oleh mana mana universiti mahupun syarikat adalah disebabkan oleh kurangnya maklumat dan kurannya persediaan sebelum temuduga. Sebahagian besar para pelajar tahun akhir masih kabur tentang perjalanan yang mereka perlu dilalui sesudah selesainya mereka menamatkan pengajian di peringkat ijazah. Senario ini membuktikan mereka gagal untuk mendapatkan input input yang sememangnya diperlukan untuk persediaan tentang jalan yang bakal mereka lalui kelak.Tambahan pula, masalah ekonomi yang melanda dunia ketika ini membuatkan para pelajar berasa amat gusar akan peluang pekerjaan di Malaysia, Korea Selatan mahupun di negara-negara lain. Maka terbitlah idea untuk mengadakan Simposium Kerjaya ini yang bertujuan untuk menyediakan dan mempersiapkan para pelajar tahun akhir dengan semua kemahiran dan kepakaran serta maklumat yang lengkap bagi menghadapi sesi temuduga dan sebagainya. Selain itu, para pelajar juga akan didedahkan kepada cabang-cabang pekerjaan yang boleh ditempuhi oleh mereka selepas tamat pengajian diperingkat ijazah pada tahun 2011 kelak. Memandangkan peluang ini merupakan ruang untuk para pelajar tahun akhir berkumpul, kem ini juga akan menjadi lapangan buat para pelajar sama sama berkumpul, bertukar idea dan pendapat kerana setelah sekian lama , inilah ruang untuk semua pelajar tahun akhir dapat berkumpul sekali. Kesimpulannya, kem yang dijalankan ini telah dapat memberikan input yang berguna untuk pelajar tahun akhir memandangkan mereka bakal memasuki tahap kehidupan yang baru. Mereka bakal memasuki alam pekerjaan yang mana memerlukan satu kekuatan mental dan fizikal. Oleh sebab itu, semoga ianya telah memberikan kesan yang positif kepada pelajar Malaysia tahun akhir di Korea Selatan, InsyaAllah. Nama Aktiviti : Simposium Kerjaya 2010 Tempat : Han Tan Gang, Korea Tarikh : 21/5/2010 - 22/5/2010 Terima kasih | |
|